MIRI: Tiga maut manakala empat yang lain cedera setelah kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki hilang kawalan sebelum terhumban ke dalam parit.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata, insiden berlaku berhampiran Rumah Ngambang di Batu 72, Suai, Niah dekat sini, semalam.
Bomba katanya, menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.55 petang dan segera mengatur gerak dua jentera dan tujuh anggota dari Balai Batu Niah ke lokasi selain sebuah ambulans EMRS dari Balai Lopeng.
"Setiba di lokasi, pasukan mendapati kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax yang membawa tujuh penumpang.
"Dua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan diserahkan kepada pasukan paramedik Klinik Kesihatan Batu Niah," katanya.
Pasukan bomba, tambah Henderi, kemudiannya bertindak mengeluarkan empat mangsa yang berada di dalam longkang dan seorang lagi di kawasan semak.
"Kesemua mangsa diserahkan kepada pihak paramedik yang kemudian mengesahkan tiga daripadanya telah meninggal dunia.
"Identiti mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Evelyn Shely Manyie, 26 tahun, Eddy Indau, 26 tahun dan Jenging Tinsok, 39 tahun," katanya.
Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Empat lain yang cedera, termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun, dikejarkan ke Hospital Miri.
Rudi Affendi Khalik
Sun May 05 2024
Nahas melibatkan sebuah pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax yang membawa tujuh penumpang berlaku berhampiran Rumah Ngambang di Batu 72, Suai, Niah, dekat Miri, semalam. - Foto JBPM Sarawak
25 Ahli Parlimen, 58 ADUN Bersatu ikrar terus setia kepada parti - Muhyiddin
Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) itu dibuat selaras dengan pindaan perlembagaan parti yang diluluskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini.
Majikan, pekerja perlu serius pindaan AKKP berkuat kuasa hari ini
Majikan dan pekerja diingat mengambil serius dengan pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2022 yang berkuat kuasa hari ini.
Skuad Inspektor 1964 rai ulang tahun ke-60 di Pulapol
Skuad Inspektor 1/1964 hari ini meraikan ulang tahun ke-60 dengan melawat lokasi permulaan kerjaya mereka sebelum bergelar pegawai polis.
Fokus Minggu Depan: Pasca keputusan SPM – Kelebihan menerokai teknologi baharu dan kecerdasan buatan
Demonstrasi di depan kedutaan AS di Jakarta nyatakan sokongan untuk Palestin
Ribuan individu berkumpul di luar Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta Pusat menuntut keadilan dan tindakan sokongan untuk Palestin.
Bangunan AFF di Putrajaya penuh semak samun
Video tular memperlihatkan keadaan bangunan ibu pejabat itu dipenuhi semak-samun dengan sampah dan air bertakung di beberapa tempat.
Bojan Hodak julang gelaran juara liga di tiga negara berbeza
Pada musim lepas, Hodak berjaya membawa pasukan Kuala Lumpur City melangkah ke tiga perlawanan akhir.
Rexy bimbang dengan prestasi semasa Aaron-Wooi Yik
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky berasa bimbang dengan aksi goyah Aaron Chia-Soh Wooi Yik ketika ini.
Misi PBB di Iraq ditamatkan selepas lebih 20 tahun
Misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Iraq akan ditamatkan pada penghujung 2025 selepas dipersetujui oleh Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada Jumaat.
ISWC 2024: Tingkatkan kesedaran persaraan rakyat di sebalik tekanan kewangan
Perancangan persaraan perlu dimulakan sebaik sahaja seseorang mula bekerja untuk mendapat kesan penggandaan dividen yang optimum.
Nahas dua kereta di WCE: Suami isteri antara tiga maut
Mereka yang maut merupakan seorang lelaki dan dua wanita manakala seorang wanita dan lima kanak-kanak cedera.
Enam terbunuh, 10 cedera dalam kemalangan jalan raya di Idaho
Enam orang terbunuh dan 10 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah trak pikap dan sebuah van mini di negeri Idaho, Amerika Syarikat, lapor Sputnik.
Tiga maut lori terbalik jatuh gaung
Tiga lelaki maut dipercayai tercampak dan jatuh ke dalam gaung apabila lori dinaiki mereka terbalik di Projek Di Raja Lojing di Gua Musang.
Bas terbalik di Jawa Barat ragut 11 nyawa, puluhan cedera
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan puluhan cedera apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terbalik di jalan berbukit di Subang, Jawa Barat.
Seorang maut, dua cedera nahas dua lori treler
Identiti mangsa yang maut belum dapat dikenal pasti manakala yang cedera ialah Berudie Nyalai, 24 tahun, dan Saberi, 36 tahun.
Tiga maut, empat cedera pacuan empat roda terbabas, terhumban dalam parit
Insiden berlaku berhampiran Rumah Ngambang di Batu 72, Suai, Niah dekat Miri, pada Ahad.
Kena serangan jantung, warga emas maut kemalangan
Akibat terkena serangan jantung, seorang lelaki warga emas maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di Jalan Rahmat, pada malam Khamis.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Wanita lintas jalan hingga akibatkan kemalangan direman
Seorang wanita berusia 35 tahun yan melintas jalan sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan maut di KM98.6 LPT 1 direman dua hari.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.